Sunday, January 28, 2007

ISU PAKAIAN MENJOLOK MATA





Saya tertarik dengan isu baru yang diterbitkan
KUALA LUMPUR 6 Dis. – Jawatankuasa Caucus Parlimen Kesamaan Gender menganggap langkah Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) mengenakan denda kepada wanita yang dianggap berpakaian menjolok mata sebagai mengganggu hak asasi kaum wanita.
Pengerusinya, Dr. Rozaidah Talib berkata, pakaian merupakan hak individu dan pihak berkuasa tempatan tidak berhak mencampuri atau menentukan fesyen pakaian individu.

‘‘Banyak lagi benda lain tentang wanita yang boleh mereka bantu tetapi sekarang bukan mereka membantu malah menyusahkan lagi wanita.
‘‘Tafsiran pakaian menjolok mata adalah berbeza bagi setiap orang jadi bagaimana MPKB hendak menentukan wanita mana yang berpakaian seksi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Tambahnya, langkah MPKB itu juga seperti mahu meletak semua kesalahan salah laku termasuk sekiranya berlakunya kes rogol, berpunca daripada wanita.
Akhbar tempatan semalam melaporkan Majlis Perbandaran Kota Bharu tidak akan bertolak ansur lagi dengan para pekerja restoran dan pasar raya yang berpakaian menjolok mata dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM500.
Menurut Rozaidah, MPKB mempunyai hak bagi menguatkuasakan undang-undang kecil itu tetapi mereka perlu mengambil kira hak individu.
‘‘Kenapa perlu menguatkuasakan undang-undang yang menimbulkan konflik. Mereka ada kuasa, lebih baik buat yang berfaedah kepada semua rakyat Kelantan,” katanya.

No comments: